SEKOLAH MENENGAH YOK BIN, MELAKA

 

Kata-Kata Aluan Tuan Pengetua

 

Sekolah Menengah Yok Bin salah sebuah Sekolah Menengah yang tua di negeri Melaka, lama menyediakan perkhidmatan pendidikan kepada anak-anak negeri Melaka khasnya bagi kawasan Bukit Cina dan Jalan Air Leleh.

 

Kini, sekolah ini adalah di antara satu-satunya sekolah menengah di Melaka yang menyediakan peluang kepada pelajar-pelajar Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina) untuk melanjutkan pelajaran mereka di peringkat sekolah menengah dengan adanya peluang mengikuti pelajaran Bahasa Cina di dalam waktu sekolah.

 

Menjelang abad ke-21, sekolah kami kini dalam proses melaksanakan reformasi pendidikan selaras dengan rancangan Kementerian Pendidikan. Di samping itu sekolah sendiri juga telah merancang dan melaksanakan satu proses perubahan institusi, iaitu proses perubahan budaya sekolah demi memantapkan satu etos sekolah yang membanggakan serta akan memperkukuhkan kewujudannya untuk selama-lamanya. Proses ini memfokuskan kepada Wawasan Sekolah "The Cultured School" atau "Sekolah Yang Berbudaya Tinggi" yang bertunjang kepada lima prinsip utama, iaitu Disiplin (disiplin kendiri); Kesopanan (hormat-menghormati segala-galanya); Kebersihan (kebersihan dari aspek mental, fizikal dan rohani); Keilmuan (menimba ilmu sehingga tahap yang cemerlang); Kecergasan (penglibatan aktif dalam semua aktiviti sekolah terutamanya aktiviti ko-kurikulum).

 

Pembudayaan sekolah dapat dilaksanakan berdasarkan prinsip-prinsip "kaizen" dan "TQM", dan 3 pemeringkatan, iaitu, teori-teori dan pengetahuan am, amalan-amalan harian, dan penghayatan nilai-nilai dan norma-norma yang ditetapkan.

 

Adalah menjadi harapan sekolah kami bahawa pelajar-pelajar akan mencapai keputusan peperiksaan dan kejayaan di tahap yang tinggi lagi cemerlang pada masa-masa akan datang.

 

Adalah yang diharap bahawa pelajar-pelajar akan berbudaya tinggi apabila meninggalkan pangkuan sekolah selepas berjaya dalam pendidikan mereka.

 

........................

(En. Chen Sheng Hua PJK)

Pengetua

Sekolah Menengah Yok Bin

Melaka.

Untuk Ke Muka Hadapan